Presiden UMNO Kelapan

Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

9 Mei 2018 – Kini

Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi (9 Mei 2018 - Kini)

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Latarbelakang

Dato’ Seri (Diraja) Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak 2015 di dalam kerajaan Barisan Nasional bagi Perdana Menteri Najib Razak. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri sejak 2013, dan sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013. Beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh di Perak dan merupakan ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Di awal kerjaya politiknya, Zahid merupakan Senator dan pengerusi Bank Simpanan Nasional sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO. Pada 1998, Zahid bersuara terhadap Perdana Menteri Mahathir Mohamad, menyeru untuk penamat kronisme dan nepotisme di dalam kerajaan Malaysia. Zahid, kelihatan sebagai sekutu Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang ditahan dan dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.Bagaimanapun pada 1999, Zahid kembali ke UMNO, yang menyatakan bahawa Anwar telah menaikkan tuduhan kronisme dan nepotisme dan mendakwa bahawa Anwar telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk mengarahkan peluang perniagaan kepada Zahid.

Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, Zahid belajar dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia.

Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009. Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein. Hishamuddin mengambil jawatan Zahid sebagai Menteri Pertahanan.

Pada 29 Julai 2015, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953, dan merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak peremupan) dalam keluarganya. Bapanya, Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah dan ibunya Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil (81 tahun) berasal dari Kulon Progo dan Ponorogo, Indonesia.Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datoh.

Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.

Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazah di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.

Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri Hamidi disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Ahmad Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.

Bekas Ahli parlimen PAS Allahyarham Hassan Adli Mohd Arshad merupakan bapa saudaranya. Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication . Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannnya kepada jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia. Seterusnya beliau dianugerahkan ijazah doktor kehormat, PHD dari Universiti Putra Malaysia semasa cuti rehat selepas tahanan ISA 1998.

Semasa di universiti, beliau menjadi penyunting tabloid Mahasiswa Negara yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).